Followers

Monday, February 13, 2012

Jangan bersedih uols..

Anda sedang bersedih?? hehehehehe...Aku pn kdg² bila teringat kisah yg lepas terasa gak kesedihan..tp pikir² balik..tak de guna nk mengenang kesedihan..

Oleh itu, bagaimana cara aku menghilangkan kesedihan tu?? Nak lupakn terus tu agak susah lah kan..huhu..Aku byk motivate diri sendiri lah...Klau nk pikir sedih satu apa keje pn mmg tak blh nk buat..silap² aku pun jd gila meroyan...hahahhaha...Apapun hidup mesti diteruskan yeyeahhhh!!..

Dan aku ada terjumpa satu apa eh kita nk panggil..lebih kurang mcm Renungan lh kot...

Meh check it out :

Jangan bersedih; kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun.

Ketika anda putus cinta dan anda bersedih kerananya, apakah kemudiannya kekasih anda akan datang kembali kepada anda? ~ org dh tak nak yg kita nk terhegeh² wat pe..bunga/kumbang bukan sekuntum beb...berjuta² lemon kt luar tu..belum jumpa je..kekasih kita lh yg sebenarnya rugi sbb tinggalkan kita...huhu~

Ketika ibu/bapa anda meninggal dunia dan anda bersedih, apakah kemudiannya ia akan hidup kembali? Ketika anak anda gagal dalam ujian dan anda bersedih kerananya, apakah kemudiannya ia akan lulus kerana kesedihan itu?

Jangan bersedih; kerana kesedihan anda terhadap sesuatu musibah, akan menciptakan berbagai musibah lainnya.

Ketika anda bersedih kerana kemiskinan atau kesengsaraan yang anda alami, bukankah kesedihan itu hanya akan menambahkan kesesusahan anda? Ketika anda bersedih kerana cercaan musuh² anda, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan menambahkan semangat mereka untuk menyerang anda atau ketika anda mencemaskan terjadinya sesuatu yang tidak anda sukai, ia akan mudah terjadi pada anda.

Jangan bersedih; kerana kesedihan anda itu akan membuatkan rumah yang luas, isteri yg cantik, harta yg melimpah, kedudukan yg tinggi, dan anak² yg cerdas, semuanya tidak akan terasa manfaatnya sedikit pun.

Jangan bersedih; kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yg segar terasa pahit, dan sekuntum bunga mawar yg indah kelihatan layu, kebun yg menghijau kelihatan seperti gurun pasir yg gersang dan kehidupan dunia terasa bagai dipenjara.

Jangan bersedih; kerana anda masih memiliki dua mata, dua telinga, dua bibir, dua tangan dan dua kaki, lidah dan hati, kedamaian, keamanan dan kesihatan tubuh badan. ~ Kita patut bersyukur lah sbb kita sempurna..blh cari pengganti yg lain yg lebih baik, kacak, macho...hehehehe~

Jangan bersedih; kerana anda masih memiliki agama yg anda yakini kebenarannya, mempunyai rumah sebagai tempat tinggal, roti utk dimakan, air utk diminum, pakaian utk dipakai dan isteri/suami yg anda cintai.

Mengapa anda harus bersedih?

Dh abis baca?? mcm mana?? ada rasa sedih lagi?? At least kurang lah kan...terbuka lah skit minda dan hati kita yg asyik melayan kesedihan tu...hehehehe...

Ok lah uols...nt klau ada tips / motivasi aku share lagi ngan korang ye...

Chiowwww....




0 YoUr C0mMeNt:

advert